KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :
PENGAWAL KESELAMATAN
SKOP KERJA
Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP.
Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP.
KELAYAKAN
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
ATAU
- Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik
DAN
- Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46.3 kg bagi wanita
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja)
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
(vi) Pengecaman warna yang baik dan pendengaran yang tidak cacat
(vii) Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(viii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor
STATUS JAWATAN
Tetap.
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut :
- Resume
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Penyata Gaji Terkini
- Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Salinan Laporan Pemeriksaan Doktor yang mengandungi maklumat berikut :
- Tinggi
- Berat
- Indeks Jisim Badan (BMI)
- Ukuran Dada Biasa
- Ukuran Dada Semasa Menarik Nafas (Lelaki Sahaja)
- Keputusan Ujian Mata Kiri dan Kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
- Keputusan Ujian Pengecaman Warna
- Keputusan Ujian Pendengaran
Sekiranya calon adalah merupakan Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia, calon dikehendaki mengemukakan dokumen yang mengesahkan maklumat berikut :
- Penamatan perkhidmatan
- Pengesahan jawatan semasa dalam perkhidmatan
- Rekod perkhidmatan
Permohonan hendaklah dihantar ke recruitment2@epf.gov.my selewat-lewatnya pada 14 September 2015. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.