Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

JAWATAN KOSONG BOMBA DAN PENYELAMAT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Bomba seperti berikut:-

1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan

Nama Balai Bomba seperti tersebut:
Balai Bomba dan Penyelamat Chukai
Balai Bomba dan Penyelamat Marang
Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota
Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh
Balai Bomba dan Penyelamat Kijal
Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai
Balai Bomba dan Penyelamat Dungun
Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang
Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh
Balai Bomba dan Penyelamat Setiu
Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman
Balai Bomba dan Penyelamat Besut

Faedah :
Elaun Kehadiran

Syarat Lantikan
Calon-calon lantikan perlu memiliki kelulusan seperti dibawah:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau
skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf
dengannya oleh Ketua Pengarah;
(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi
wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi
wanita;
(iii) Mempunyai penglihatan yang baik;
(iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar.

(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke
semasa.
(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja berdekatan dengan balai (Bagi Balai
Bomba dan Penyelamat Kategori D adalah dalam linkungan 5km daripada
Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai).

Nota
Notis Kebenaran daripada Majikan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi
Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan -
Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang
terdekat seperti di atas atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia www.bomba.gov.my.

Cara Memohon
Pemohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas atau dalam laman web
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru
berukuran passport,Notis Kebenaran daripada Majikan, Salinan Kad Pengenalan,
Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang
berkaitan yang telah disahkan.

Alamat Permohonan dan tarikh tutup
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU
JALAN KEMAJUAN, BUKIT KECIL,
20648 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU.

(UP : BAHAGIAN OPERASI DAN KEBOMBAAN)

Permohonan tamat pada : 11 SEPTEMBER 2017

No comments:

Post a Comment

any question,comment or suggestion is welcome.