Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

Showing posts with label latihan kadet tentera. Show all posts
Showing posts with label latihan kadet tentera. Show all posts

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 219

Pemilihan Perajurit Muda (PtM) TLDM Pengambilan siri 219/2019 Fasa 1 (Pemilihan Awal). Calon yang berminat menyertai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sila hadir pada tarikh dan lokasi pemilihan mengikut zon seperti berikut:    

Lokasi Pemilihan zon Pantai Timur
a. 16 Okt 18 - SMK Panglima Perang, Kuantan.
b. 18 Okt 18 - SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.
c. 20 Okt 18 - MSS Desa Pahlawan Kota Bharu.
d. 6 Jan 19 - SMK Jengka Pusat 2, Bandar Jengka, Pahang.

Lokasi Pemilihan Zon Utara
a. 23 Okt 18 - SMK Syed Ahmad Arau, Perlis.
b. 25 Okt 18 - Rej 513 Askar Wataniah Kepala Batas, Kedah.
c. 27 Okt 18 - KD SRI PINANG, Pulau Pinang.
d.  29 Okt 18 - Rej 503 Askar Wataniah, Ipoh, Perak.

Lokasi Pemilihan Zon Selatan
a. 8 Jan 19 - MSS Kem Mahkota Kluang, Johor.
b. 10 Jan 19 - SMK Tengku Mahkota Muar, Johor.
c. 12 Jan 19  - MSS Kem Rasah Seremban, Negeri Sembilan.
d. 14 Jan 19  - Mk 12 Bgd Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.
e. 16 Jan 19 - RPS Kem Paya Jaras, Selangor.

Zon Sabah
a. 8 Jan 19 - KD SRI TAWAU.
b. 10 Jan 19 - KD SRI KOTA KINABALU.

Zon Sarawak
a. 12 Jan 19 - Kem RASSCOM.
b. 15 Jan 19 - Markas Pangkalan Udara, Kuching.

Waktu Pendaftaran
8.00 – 9.00 pagi.

Syarat minima kelayakan untuk akademik seperti berikut:
a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kepujian dalam Bahasa Melayu.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
(1) Bahasa Inggeris
(2) Matematik
(3) Sains

b. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

c. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkenaan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (SPM/SVM).

4. Kerakyatan Warganegara Malaysia.

5. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga 23 tahun pada tarikh 29 Apr 2019.

6. Taraf perkahwinan - Bujang.

7. Penglihatan - Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

8.  Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat fizikal: 
a. Tinggi:
(1) Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62m
(2) Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.60m

b. BMI:
(1) BMI lelaki 18 - 25
(2) BMI wanita 18 - 23

c. Ukuran Dada - Mempunyai beza ukuran dada pernafasan 5 sm (lelaki) dan 4 sm (wanita).

10. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:

a. Kad Pengenalan (MY KAD) beserta 1 salinan.
b. Sijil kelahiran pemohon.
c. Salinan Kad Pengenalan (MY KAD) ibu dan bapa beserta 1 salinan.
d. Penyata Sijil SPM/SVM/SKM beserta 1 salinan.
e. Sijil berhenti sekolah.
f. Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress yang belum digunakan.
g. Pemohon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

#SEDIA BEKORBAN
#BerbaktiPadaNegara

PENGAJIAN LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL

ATM mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan  sijil SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian.

Program Asasi ditawarkan iaitu:
1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Cara Memohon
1. Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama.

2. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan
Kementerian Pertahanan :
Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan
-Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
-Sara Hidup - RM150.00
-Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.

Nota Am
Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN MALAYSIA.