PEMBERITAHUAN:
Salam hormat. Saya Norashekin Ismail. Dari Johor Bahru. Kini mesej tentang 73 kekosongan peluang pekerjaan di Mekah masih lagi berlegar dalam dunia maya. Ia terus disebarkan oleh orang yg tidak bertanggungjawab serta langsung tidak tahu menahu tentang kisah sebenar peluang pekerjaan di Mekah ini hinggakan ia mengundang pelbagai salah faham, salah sangka serta fitnah. Untuk kesekian kalinya saya tegaskan bahawa jawatan kosong di Mekah, telah ditutup pada tahun 2015.
Calon2 yg berjaya telah pun dihantar bekerja di sana. Saya juga ingin tegaskan tidak ada lagi jawatan kosong di Mekah yg akan ditawarkan.
Sesetengah pengguna whatsapp dan media sosial terus menyebarkan maklumat ini kerana teruja untuk berkongsi maklumat ini dengan individu atau group. Mohon jasa baik tuan/puan dan saudara/saudari sekalian untuk berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat Ini.
Untuk makluman,mesej tersebut sejak awal lagi telah diviralkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan tanpa izin serta sebarang pengesahan dari saya hingga menimbulkan pelbagai masalah dan fitnah yg mengaitkan saya dengan individu WANTED sebagaimana yg heboh dibicarakan dlm AmazingNara.
Walhal berlaku salah faham Dan salah orang dlm penyebaran maklumat ini.
Kisah viral pekerjaan di Mekah Ini menjadi begitu popular.
Ia menyebabkan lebih 5000 mesej masuk sebelum ini hingga sukar bagi saya untuk semak atau balas setiap mesej yg diterima. Malah, panggilan masuk juga tidak henti2 dan ia telah berlaku sebanyak 5 kali. Malah ada di antara individu yg tidak berpuas hati apabila saya tidak sempat menjawab atau lambat membalas mesej melemparkan kata2 tidak beradab dan tidak menunjukkan akhlak sebagai seorang Islam apabila berbicara. Mohon kefahaman tuan/puan...mustahil bagi saya untuk sentiasa menghadap Handphone walhal saya ada tanggungjawab yg lebih utama sebagai seorang hamba kepada Allah SWT.
Kini hanya Ada jawatan kosong di Johor Bahru. Bagi candidates yg berada di sekitar Johor Bahru Atau dalam negeri Johor digalakkan utk memohon bagi
mengisi kekosongan jawatan2 berikut:
1. Civil Technician (Lelaki shj)
Sijil dlm bidang civil serta 3 tahun pengalaman kerja dlm bidang maintenance. Sijil kemahiran dlm bidang civil dari CIDB seperti Building Operation Maintenance, Tiling, water reticulation, plumbing (hanya utk building maintenance shj) and sanitary dll yg berkaitan civil serta penyelenggaraan Bangunan, boleh dipertimbangkan sekiranya telah mempunyai 3 tahun pengalaman. Bagi fresh grad Dip Dan Degree in Civil, anda digalakkan memohon.
2. Electrician (Lelaki sahaja)
Mempunyai kompetensi Suruhanjaya Tenaga PW2/3/4 atau AO/A1 dengan 1 Atau 2 tahun pengalaman dlm bidang berkaitan.
3. Contract Manager
Degree in Quantity Surveying dengan 5 tahun pengalaman dlm Contract Management. Umur 30-40 tahun.
4. Asst Exec (Asset)
Degree/ Diploma in Civil. (Lelaki sahaja)
Mempunyai kemahiran Autocad.
Fresh grad digalakkan memohon.
5. Konstable Polis Bantuan: SPM, sihat tubuh badan, Dan menepati syarat2 keperluan, ketinggian serta berat minimum yg ditetapkan.
Valid sehingga 15 Oktober 2016.
Semua kekosongan jawatan tersebut hanya ada di Johor Bahru. Tidak ada ditempat2 lain selain dari Johor Bahru.
Jika benar2 berminat, Sila reply mesej ini agar saya boleh tentukan waktu temuduga.
Sila hantar resume ke alamat email berikut:
shekin_i@yahoo.com
Semoga maklumat ini dapat membantu menghuraikan masalah kekeliruan di kalangan orang ramai.
Saya berserah diri kepada Allah Dan berlindung kepada Allah dari fitnah dunia dan akhirat. Semoga Allah mengampuni dosa insan2 yg menyebarkan fitnah, salah faham dan salah sangka. Semoga Allah selamatkan kita dari api neraka.
Terima kasih atas kerjasama yg diberikan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.