Ramai di kalangan pencari kerja menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan jawatan di sesebuah organisasi tertentu. Namun begitu tidak semua iklan jawatan kosong yang disiarkan adalah sahih bahkan ada juga yang berbentuk penipuan.
Mereka yang mencari pekerjaan harus berhati-hati. Ini kerana ada kemungkinan juga berlaku penipuan.
Daripada pemerhatian JobsMalaysia daripada sumber-sumber seperti rencana,blog, artikel dll, berikut adalah ciri-ciri iklan jawatan kosong yang mencurigakan.
1. Jawatan kosong yang berbentuk penipuan mungkin menyuruh anda membayar semua kos yang timbul selama proses rekrutmen. Oleh itu anda perlu berhati-hati dalam memohon pekerjaan ini.
2. Syarikat tersebut tidak mempunyai laman web rasmi atau media sosial yang menjelaskan profil dan kegiatan perniagaan tersebut.
3. Meminta maklumat peribadi seperti akaun bank, nombor kad pengenalan dan alamat rumah sebelum mendapat pengesahan untuk temuduga.
4. Penawaran kerja yang terlalu baik dan menawarkan gaji tinggi yang tidak wajar.
5. Penawaran kerja diberi walaupun anda tidak pernah membuat permohonan dan tidak berkaitan dengan kelayakan anda.
6. Penawaran kerja tanpa menjalani proses temuduga.
7. Jemputan temuduga yang tidak memberikan penjelasan tentang jawatan yang ditawarkan.
8. Tawaran pekerjaan yang tidak sesuai dengan maklumat yang diberikan semasa proses rekrutmen.
9. Alamat e-mail syarikat yang umum dan tidak sama dengan alamat e-mail yang dinyatakan dalam laman web rasmi syarikat tersebut.
10. Komunikasi e-mail yang tidak profesional dan tidak menyatakan cara menghubungi syarikat seperti nombor telefon dan alamat pejabat.
Sekiranya tuan/puan mendapat maklumat berkaitan hebahan jawatan yang diragui kesahihannya mohon hubungi JMC/UTC/JMP yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila klik http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/contactus.faces
• JMC : JobsMalaysia Centre
• UTC : Urban Transformasi Centre
• JMP : JobsMalaysia Point (Pejabat Tenaga Kerja)
--------------------------------------------------------------------
Halaman ini hanya menyiarkan info,sebarang kesalahan maklumat atau tarikh,adalah menjadi tangungjawab pemohon merujuk sendiri ke syarikat atau majikan tersebut untuk kepastian.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.