Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

Persediaan menghadiri temuduga

Terpilih sebagai calon bagi menghadiri temuduga sesuatu pekerjaan sememangnya merupakan peluang yang sangat penting bagi setiap pemohon, ia bermakna kita dalam peringkat kedua mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

Sama ada karier dalam sektor kerajaan mahupun swasta persediaan yang cukup memungkinkan kamu diterima dan lulus temuduga.

Berikut adalah tip dan petua lulus temuduga yang boleh dipraktikan apabila kamu menghadiri sesuatu temuduga:

1. Masuk untuk ditemuduga kamu harus beri sesuatu yang menyamankan suasana, ianya adalah percuma namun berharga iaitu lah senyuman.

2. Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kerjaya yang dipohon dan tahu serba sikit berkaitan peraturan sama ada agensi kerajaan atau swasta.

3. Selain penampilan yang menarik,pertuturan juga memainkan peranan kerana melaluinya juga memudahkan penyampaian dlm bidang yang akan kita sertai.

4. Sebaik mungkin setiap soalan atau idea hendaklah dengan jawapan dalam bahasa yang penuh,mudah difahami dan tidak bercampur aduk, elakan perkataan hmm,err,aaa kerana itu mencerminkan keyakinan diri dalam penyampaian kamu.

5. Memiliki pengalaman berkaitan kerjaya yang hendak dipohon sememangnya adalah merupakan satu bonus dan kelebihan, sekiranya tidak ada kamu perlu buat persediaan dengan buat carian mengenai bidang tugas jawatan yang hendak dipohon dan tahu serba sikit mengenainya.

Apakah gaji yang dikehendaki anda.?
Sekiranya lulus temuduga dan ditawarkan jawatan, berapakah gaji bulanan yang kamu kehendaki?

Adakah ia perlu mengikut status kelulusan kamu atau memadai dengan apa yang telah ditawarkan?

Disini kamu perlu bijak supaya tidak nanti tergolong dalam senarai calon yg ditolak walaupun berjaya pada peringkat temuduga.

PALING PENTING WUJUDKAN KESELESAAN ANTARA PENEMUDUGA DENGAN YANG DITEMUDUGA,
semoga bermenafaat untuk kita semua sekian..

No comments:

Post a Comment

any question,comment or suggestion is welcome.