Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sukacita memaklumkan keperluan bagi pengisian jawatan kosong di FINAS yang seperti tersebut :
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. AKAUNTAN WA41
3. JURUTERA J41
4. PEGAWAI MAKMAL FILEM C41
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
6. PENOLONG PEGAWAI MAKMAL FILEM C29
7. PENOLONG JURUTERA JA29
8. PEMBANTU MAKMAL FILEM C19
9. PENERBIT RANCANGAN B19
10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
11. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
12. PEMBANTU AWAM H11
13. PEMBANTU OPERASI N11
Semua jawatan kosong diatas adalah bertaraf Tetap.
Muat turun skim perkhidmatan dan syarat lantikan DiSINI.
CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Permohonan perlu menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh dimuat turun di laman web http://www.finas.my .
Borang permohonan percuma juga boleh didapati di alamat berikut :
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
(Tel:03-4104 1300)
Atau muat turun secara online DISINI.
Borang salinan pendua juga diterima pakai.
(b) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.
(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan
dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
(b) Tarikh tutup permohonan pada 20 SEPTEMBER 2017 (Rabu).
CATATAN AM
Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.