Permohonan adalah terbuka buat semua warga Malaysia yang berkelaykan untuk menyandang jawatan dalam Yayasan KUIS untuk kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan.
JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN – W27
Syarat lantikan
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4. Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian perbankan atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan iaitu pengurusan, kewangan dan teknologi maklumat;
6. Berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)dan berkemahiran mengendalikan sistem UBS;
7. Mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
8. Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan:
a. Surat Permohonan;
b. Profil Peribadi / Resume;
c. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
d. Salinan sijil akademik dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan; dan
e. Sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan).
Hantarkan permohonan anda kepada
YAYASAN KUIS
ARAS 1, BANGUNAN PENTADBIRAN,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS),
BANDAR SERI PUTRA,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-8911 7022 / 8911 7094
Email : yayasan@kuis.edu.my
Tarikh Tutup 17 November 2017.
Permohonan yang tidak mendapat jawapan dalam tempoh 1 BULAN selepas tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.