Terbuka kepada semua lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi Pegawai Kadet anggota tentera menerusi UPNM. Panggilan telah tiba untuk mereka2 yang berjiwa kental diseru menyertai Angkatan Tentera Malaysia ATM,maklumat serta kemudahan adalah seperti berikut:
GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan.
Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00.
Elaun Bulanan
Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00.
Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.
Faedah
Kos Pengajian,Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah
DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.
Cara Permohonan Dibuat
Calon-calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui Portal UPNM dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama.
Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.
Syarat Kelayakan ATM
Fizikal
Jantina: Lelaki dan Wanita
Tinggi Minimum: 1.62M (Lelaki) 1.57M (Wanita)
Berat Minimum: 47.5KG (Lelaki) 45.0 (Wanita)
Ukuran Dada Minimum (Lelaki Sahaja): 76 SM
Body Mass Index: 18.0 hingga 23.0
Umur
Berumur 17 tahun 6 bulan, 19 Tahun pada 31 Disember 2016.
Calon-calon berumur dibawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Taraf Kesihatan
Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata/ kanta lekap. Perlu lulus pemeriksaan yang dijalankan oleh KKM.
Kriteria Pemilihan
Proses pemilihan adalah berdasarkan merit kelayakan akademik, ujian kepimpinan, ujian fizikal, ujian bertulis dan penilaian lembaga pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan bidang sukan akan diberi keutamaan.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.