Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan di Tenaga Nasional Berhad.
1. PENOLONG JURUTEKNIK ELEKTRIKAL (KONTRAK).
CARA MOHON
-Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’.
-Sila layari portal TNB dan pilih perkataan BRIGHTSPOT, seterusnya pilih JOB APPLICATION.
1.Pertanyaan berkaitan iklan ini atau pengemaskinian rekod dalam sistem Brightspot/Emadis sila hubungi :
03-22966430
03-22966591
2.Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon.
3.Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan,permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Butiran Jawatan
Syarat & Kelayakan
Jawatan : Penolong Juruteknik Elektrikal (Kontrak)
Bidang : Elektrikal
Gaji Tetap : RM1,200.00 sebulan
Pemohon mestilah
-Warganegara Malaysia.
-Memiliki Sijil Penjaga Jentera (AO atau A1) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau pemegang Sijil Pendawaian (PW2/PW3/PW4)
atau
-Pemegang Sijil Kejuruteraan Elektrik atau Elektrik & Elektronik dari Institusi Pengajian yang diiktiraf dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.00
-Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) dengan lulus matapelajaran berikut :
· Bahasa Malaysia
· Matematik atau Sains
-Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
-Tidak rabun warna.
-Berumur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2017.
-Boleh bekerja dalam satu pasukan.
-Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
NOTA
-Permohonan terbuka kepada Calon Luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB).
-Sila ambil maklum permohonan secara manual melalui borang tidak diterima buat masa ini.
Tawaran terbuka kepada calon lelaki sahaja.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.