Sukacita dimaklumkan kekosongan jawatan dalam kerajaan Malaysia, keperluan adalah bagi senaraian jawatan seperti dibawah.
1.Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29
Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Jabatan Kerja Raya/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis.
Jadual Gaji:
JA19RM1,377.00 - RM4,052.00
JA29RM1,549.00 - RM5,701.00
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sebagai warganegara Malaysia
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (SENI BINA) GRED JA19
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
1.Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29
sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.
Tarikh Tamat Permohonan 14 Januari 2018.
NOTA AM
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.