Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan di Tenaga Nasional Berhad.
Maklumat & Syarat Permohonan
Permohonan diterima secara ‘on-line’ sahaja. Sila layari Tnb.com.my dan pilih BRIGHTSPOT kemudian pilih JOB APPLICATION.
Butiran Jawatan
1. Pembantu Tadbir (Kontrak)
2. Setiausaha (Kontrak)
Tempoh Kontrak : Satu (1) tahun
Pendapatan
1. Pembantu Tadbir Kontrak
RM 1,250.00 sebulan
2. Setiausaha Kontrak
RM 1,400.00 sebulan
Kelayakan
1. Diploma dalam Pengurusan & Perniagaan, Perakaunan, Pentadbiran, Kesetiausahaan dan juga bidang – bidang yang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50.
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus enam (6) mata pelajaran termasuk kepujian untuk mata pelajaran yang disyaratkan seperti dibawah:
Bahasa Melayu – Kepujian
Bahasa Inggeris – Kepujian
Matematik – Lulus
Atau
Bahasa Melayu – Kepujian
Bahasa Inggeris – Lulus
Matematik – Kepujian
3. Berumur tidak melebihi 28 tahun bagi lelaki dan tidak melebihi 25 tahun bagi wanita pada tarikh tutup iklan.
4. Pengalaman kerja dibidang Pentadbiran/perkeranian / kesetiausahaan merupakan satu kelebihan.
5. Sanggup untuk ditempatkan dimana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
Nota Am
Terbuka kepada Calon Luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB).
Tarikh Tutup: 31 Disember
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.