Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akan mengeluarkan Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Bagi Sesi 2018/2019.
Pinjaman terbuka bagi semua peringkat pengajian seperti dibawah:
1) Diploma
2) Ijazah Sarjana Muda
3) Ijazah Sarjana
4) Ijazah Kedoktoran
Bagi semua IPTA dan IPTS yang diiktiraf di bawah pinjaman ini.
Anak Negeri Perak yang memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon pinjaman bermula 10 Disember 2017 sehingga 28 Februari 2018.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui pautan yang berikut :
1) www.perak.gov.my
2) http://spptp.perak.gov.my
Hubungi Unit Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk sebarang pertanyaan:
Tel. 05-209 5311 / 5314.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.