Program pembiayaan Peneraju Skil Iltizam Industrialised Building System (IBS) Production Technician. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Gamuda Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia menawarkan.
Kemudahan Latihan
1. Latihan asas selama 2 bulan di ILPKT
2. Elaun bulanan sepanjang latihan di ILPKT
3. Kemudahan asrama dan makan minum disediakan sepanjang latihan di ILPKT
4. On-Job-Training di Gamuda IBS Sepang selama 3 bulan dengan dibayar elaun
5. Ditawarkan pekerjaan oleh Gamuda Berhad sebagai IBS Production Technician
6. Gaji + Elaun bermula dari RM1200++ dalam tempoh pekerjaan.
Syarat Kelayakan
1. Bumiputera Warganegara Malaysia sahaja
2. Lelaki dan perempuan lepasan SPM berumur 18 – 23 tahun
3. Sihat tubuh badan dan bebas dadah
4. Boleh bekerja secara 'shift' dan berminat dalam bidang pembinaan IBS
5. Sanggup menetap di Kuala Lumpur/Selangor
6. Lulus pemeriksaan kesihatan di Klinik/Hospital Kerajaan.
Dokumen Temuduga
1. Salinan Mykad calon dan ibu bapa
2. Salinan surat beranak calon dan ibu bapa
3. Salinan slip gaji terkini ibu bapa (sekiranya ada)
4. Salinan sijil berhenti sekolah
5. Salinan sijil SPM
6. Salinan sijil cerai/kematian (sekiranya berkenaan)
7. Resume
Salinan dokumen hendaklah DISAHKAN.
Tarikh Temuduga: 6 Januari 2018 (SABTU)
Masa: 8.30 pagi
Lokasi Temuduga: ILP Kota Bharu, Kelantan.
Nota Am
Belia-belia yang terpilih akan diberikan latihan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT).
Pegawai untuk dihubungi
Jun/Aqmaer
Tel: 09-6652109
Email: junaidah.matli@jtm.gov.my
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.