Permohonan adalah dipelawa kepada calon (LELAKI / WANITA) daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dipertimbangkan bagi jawatan seperti diatas di Jabatan Perkhidmatan Keselamatan di seluruh Semenanjung Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Berumur antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
3. Tidak mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran.
4. Bebas dari sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
5. Bersih dari sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
6. Mempunyai ukuran fizikal seperti berikut:
LELAKI
: Ketinggian minimum : 168cm (tanpa kasut)
:Berat minimum : 54kg
:Ukuran dada : 81cm (biasa) - 86cm (tarik nafas)
WANITA
: Ketinggian minimum : 158cm (tanpa kasut)
: Berat minimum : 46kg
7. Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) mestilah 30 dan ke bawah.
8. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang- kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan tersebut.
FAEDAH JIKA TERPILIH
Gaji permulaan yang menarik iaitu RM 1000 (pokok) dengan kontrak selama dua (2) tahun
Elaun yang ditawarkan :
Dobi RM60
Elektrik RM85
Syif RM 100 – RM 300 (Mengikut waktu bekerja)
Kerja lebih masa (Mengikut jam)
Caruman KWSP,PERKESO,
rawatan perubatan dan lain-lain
Semasa latihan di Pulapol selama dua (2) bulan, gaji dan elaun tetap diberikan serta tanggungan makan dan minum secara percuma.
PERINGATAN
1. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2. Hanya calon-calon yang berjaya menamatkan latihan asas Pengawal Keselamatan (Polis Bantuan) akan dipertimbangkan untuk jawatan diatas.
Permohonan
Daftar secara ‘On-Line’. Sila layari laman web seperti berikut.
https://emadis.tnb.com.my
www.tnb.com.my>>Careers>>Brightspot>>Job Application
Tidak Diterima
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas,serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-22965566 (ext : 6430,6570,6467,6591)
Tarikh Tutup: 18 Feb 2018
Nota am
Permohonan terbuka kepada Calon Luar dan bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.