PROGRAM LATIHAN PENEMPATAN PEKERJAAN
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Gamuda Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Program pembiayaan Peneraju Skil Iltizam Industrialised Building System (IBS) Production Technician, dimana belia-belia akan diberikan latihan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT) dan ditawarkan pekerjaan oleh Gamuda Berhad.
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
1.Latihan asas selama 2 bulan di ILPKT
2.Elaun RM200.00/bulan sepanjang latihan di ILPKT
3.Kemudahan asrama dan makan minum disediakan sepanjang latihan di ILPKT
4.On-Job-Training di Gamuda IBS Sepang selama 3 bulan dengan dibayar elaun
5.Ditawarkan pekerjaan oleh Gamuda Berhad sebagai IBS Production Technician.
Gaji + Elaun bermula dari RM1200++
dalam tempoh pekerjaan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
-Bumiputera Warganegara Malaysia sahaja.
-Lepasan SPM berumur 18 – 23 tahun sahaja.
-Sihat tubuh badan dan bebas dadah.
-Boleh bekerja secara 'shift' dan berminat dalam bidang pembinaan IBS.
-Sanggup menetap di Kuala Lumpur/Selangor.
-Lulus pemeriksaan kesihatan di Klinik/Hospital Kerajaan.
Calon-calon yang berminat dijemput hadir temuduga terbuka (walk-in interview) dan bawa senarai dokumen berikut:
1. Salinan Mykad calon dan ibu bapa
2. Salinan surat beranak calon dan ibu bapa
3. Salinan slip gaji terkini ibu bapa (sekiranya ada)
4. Salinan sijil berhenti sekolah
5. Salinan sijil SPM
6. Salinan sijil cerai/kematian (sekiranya berkenaan)
7. Resume & Dokumen asal
Salinan dokumen hendaklah DISAHKAN
Tarikh Temuduga 1
24 Febuari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : ILP Bukit Katil, Melaka.
Tarikh Temuduga 2
25 Febuari 2018 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Pusat JobsMalaysia (JMC),
UTC Seremban, Negeri Sembilan.
Tarikh Temuduga 3
25 Febuari 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : EKSPO TERENGGANU, Perkarangan
Kompleks Sukan Negeri Terengganu,
Kuala Nerus, Terengganu.
Sebarang pertanyaan sila dihubungi
En Mohd Afandy Bin Abdul Rahman
Tel : 09-6652150
Email : mohd.afandy@jtm.gov.my
Pn Junaidah Binti Matli
Tel : 09-6652109
Email : junaidah.matli@jtm.gov.my
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.