Peluang kerjaya sebagai konstabel Polis Bantuan TNB. Keanggotaan terbuka kepada calon wanita sahaja. Calon yang berminat sila hadir seperti ketetapan dibawah:
LOKASI
1. Tempat : Dewan Serbaguna TNB, Taman Haji Zainal, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tarikh : 20 Mac 2018
Masa Pendaftaran : 7.30 pagi - 8.00 pagi
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, km 5 Jalan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas Kelantan.
Tarikh : 22 Mac 2018
Masa Pendaftaran : 7.30 pagi - 8.00 pagi
3. Dewan Kelab Kilat, Perumahan TNB, Jalan Baru Perai, Perai, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tarikh : 24 Mac 2018
Masa Pendaftaran : 7.30 pagi - 8.00 pagi
SYARAT KELAYAKAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Berumur antara 18 hingga 26 tahun
3. Tidak mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran.
4. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
5. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
6. Mempunyai ukuran fizikal seperti berikut:
Ketinggian minimum : 158cm (tanpa kasut)
Berat minimum : 46kg
7. Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) mestilah 30 dan ke bawah.
8. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang- kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan tersebut.
BUTIRAN JAWATAN
Gaji Tetap : RM 1000
Elaun Dobi : RM 60
Elaun Elektrik : RM 85
Tambahan elaun selepas mendapat lantikan tetap
Taraf Jawatan : Kontrak (Lantikan tetap selepas 2 tahun sekiranya berprestasi baik)
Dokumen
Sila bawa dokumen berikut semasa hadir sesi temuduga dan ujian kecergasan.
1. Salinan kad pengenalan.
2. Gambar berukuran pasport 1 keping.
3. Sijil-sijil akademik (SPM diwajibkan).
4. Salinan sijil-sijil akademik.
5. Alat tulis untuk mengisi borang maklumat diri.
6. Pakaian sukan : tshirt putih dan seluar panjang.
7. Pakaian formal lengkap dan sopan untuk temuduga (sekiranya berjaya ujian fizikal).
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.