Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

JAWATAN KOSONG USIM

Tenaga Kerja Secara Sambilan Harian Dalam Business Developament Unit, di USIM. Keperluan ada seperti berikut:

Syarat am
1.Ijazah Sarjana Muda yang di iktiraf
2.Kemampuan bertugas di luar kawasan
3.Sikap proaktif dan berdikari
4.Kemahiran merangka dan membuat pembentangan
5.Kemampuan berfikir secara kreatif, inovatif dan di luar kotak
6.Nilai tambah (jika ada); Mahir dengan perisian SPSS dan NVIVO

Emolumen
Gaji RM2300 plus EPF dan SOCSO

SKOP TUGAS
1. Pengurusan
a. Mengurus operasi harian
b. Mengemaskini jadual ketua penasihat dan penasihat-penasihat unit
c. Menjalankan urusan pengkeranian
d. Berurusan dengan semua Pusat Tanggungjawab
e. Menyusun jadual pergerakan unit
f. Menyusun jadual mesyuarat
g. Mencatat minit mesyuarat
h. Menguruskan kewangan unit
i. Menguruskan program penjanaan kewangan universiti

2. Semakan Maklumat
a. Menyemak data kewangan
b. Mencari maklumat berkaitan jaringan industri dan kerajaan
c. Data lain-lain mengikut arahan dari masa ke semasa

3. Membina rangkaian dan jaringan
a. Berinteraksi dengan pihak berkepentingan
b. Menyusun jadual pertemuan
c. Membina dan memurnikan database pelanggan dan bakal pelanggan

4. Penyediaan laporan
a. Menyusun semua data
b. Menyelaras enumerator dan peserta focus group
c. Menyediakan laporan menggunakan perisian computer
d. Mengemaskini data
e. Kemahiran mencerna data kasar
f. Menyusun jadual survei dan focus group

Nota am
Tertakluk kepada arahan Ketua Penasihat dari masa ke semasa dan Sebarang pertanyaan boleh menghubungi (Izzuddin Nooh) :
noorizzuddin@usim.edu.my

No comments:

Post a Comment

any question,comment or suggestion is welcome.