Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

PERMOHONAN GURU GANTI

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah PPD Timur Laut, Pulau Pinang mempelawa pemohon berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebagai guru ganti bagi sekolah rendah dan menengah di daerah Timur Laut.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Umur:
18 tahun hingga 30 tahun bagi bukan siswazah dan hingga 35 tahun bagi siswazah.

2. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya sijil SPM iaitu: 
- Lulus Ujian Lisan BM
- Kepujian BM
- Kepujian 3 subjek lain termasuk subjek dipohon.

3. Calon yang memiliki sijil STPM, Diploma dan Ijazah amat digalakkan untuk memohon.

TATACARA PERMOHONAN
1. Mengisi borang permohonan guru ganti (warna biru) yang boleh didapati di pejabat PPDTL. Atau
2. Mengisi borang permohonan guru ganti melalui google form link di bawah: Guru Ganti
3. Calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan serta tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temuduga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon.
4. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

CATATAN
1. Elaun guru ganti dibayar mengikut kadar kelulusan:
SPM - RM54/hari
STPM/DIPLOMA - RM72/hari
Ijazah - RM100/hari

2. Tempoh lantikan adalah min. 1 bulan dan maks. 2 bulan bagi setiap lantikan. (Boleh dilantik semula jika terdapat kekosongan dan peruntukan yang ada)

BANTUAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Ahmad Rosydi bin Ahmad Basir, Pen.PPD (Pegawai Khas KGSK) 
Tel: 04-2109425 @ 
Email: kgsk.upsppdtl@gmail.com

No comments:

Post a Comment

any question,comment or suggestion is welcome.