Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

Sumber Manusia HR

Kekosongan jawatan di Kumpulan Era Engineering Sdn. Bhd. Keterangan adalah seperti berikut:

Lokasi : Alor Setar, Kedah
Jawatan kosong : Eksekutif Sumber Manusia (Lelaki).

Deskripsi Tugas
1. Memproses pengambilan kakitangan, pemilihan calon, menguruskan sesi temuduga dan penyediaan kontrak perkhidmatan.
2. Memproses tuntutan insentif dan perjalanan.
3. Memproses permohonan latihan kakitangan dan mengurus dan mengatur latihan.
4. Mengemaskini maklumat, rekod dan fail.
5. Menguruskan hal ehwal gaji pekerja, pampasan dan kebajikan pekerja.
6. Menguruskan kes disiplin dan prestasi pekerja.
7. Merekod dan mengurus rekod kedatangan pekerja.
8. Lain-lain urusan seperti mana yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia;
2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sumber manusia daripada institusi- institusi pengajian tinggi yang diiktiraf;
3. Memiliki pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang sumber manusia merupakan satu kelebihan;
4. Berpengetahuan dalam Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Industri 1967dan akta yang berkaitan seperti KWSP, PERKESO dan sebagainya.

Permohonan
E-mail resume anda kepada alamat berikut untuk pertimbangan : hr@era-eng.com

1 comment:

any question,comment or suggestion is welcome.