Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

Cara nak jadi anggota TLDM

Sesi temuduga terbuka Perajurit Muda TLDM Lelaki dan Wanita siri 216/17.

Kelayakan Akademik
a. Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau setaraf KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 
Keutamaan kepada yang mempunyai KEPUJIAN didalam mata pelajaran Matametik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peperiksaan tersebut.

----------atau---------------

b. Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia SKM tahap 2 dalam bidang pertukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf denganya oleh kerajaan.

Syarat kelayakan
a. warganegara malaysia berumur diantara 18 hingga 25 tahun. 
Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga tidak melebihi 23 tahun tarikh 28 Ogos 17.

b. Taraf perkahwinan Bujang

c. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik,pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal.Kecermelangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

d. Taraf kesihatan sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang tidak mengidap penyakit asma dan penyakit kronik yang lain.

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata @ kanta lengkap serta tidak rabun warna.
                     Lelaki            Wanita
*Tinggi*      1.62cm          1.60cm
*Berat*        47.5kg           46.5kg
*BMI*           18-25            18-23
*Ukr dada*    76cm               -

Waktu pendaftaran
Dibuka 8.00 - 9.00 pagi sebarang kelewatan tidak akan diterima.

Pakaian Semasa Melapor
Lelaki/Wanita - Berpakaian sukan berkasut sukan
Keperluan

1. Dokumen Asal
- Kad Pengenalan dan 1salinan Fotostat
- Sijil SPM/slip
- Sijil SKM tahap 2 keatas.
- Sijil Lahir.
- Sijil berhenti sekolah.
- Sijil penglibatan sukan/persatuan dan sijil akademik lain.

2. Kepada pemegang sijil pengenalan sementara untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY KAD.

3. Pemohon diwajibkan membawa Sampul Pos Ekspress berukuran (229mmx162mm)
Semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan dijemput hadir, sila layari www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

pendaftaran sebelum pergi ke lokasi pemilihan awal.Tarikh Tutup permohonan online 31 Mac 17.

Lokasi dan Tarikh
Zon Selatan
1- 04 APR 17  SK Taman Permas Jaya 3 Masai johor
2- 06 APR 17  SMK Conossa Convent(M)               Melaka
3- 8 APR 17  MSS Kluang Kem Mahkota
4- 10 APR 17  MSS Kem Rasah Seremban

Zon Tengah
1- 12 APR 17  Mk 12 Bgd Kem Wardieburn Kuala Lumpur
2- 13 APR 17 RPS Kem Paya Jaras Selangor

Zon Timur
1- 18 APR 17  Pangkalan Udara Kuantan
2- 20 APR 17  SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terangganu
3- 22 APR 17  MSS Desa Pahlawan Kota Bharu Kelantan

Zon Utara
1- 25 APR 17 SMK Syed Ahmad Arau Perlis
2- 27 APR 17 SMK Tengku Laksamana Alor Setar
3- 29 APR 17  Kolej Vokasional Butterworth
4- 02 MEI 17  Rej 503 Askar Wataniah Ipoh

Zon sabah
1- 13 MEI 17  Kd Sri tawau
2- 15 MEI 17  Kd Sri Sandakan
3- 17 MEI 17  Kd Sri Kota Kinabalu

Zon Sarawak
1- 20 MEI 17  20 RAMD Miri
2- 22 MEI 17  Markas Pangkalan Udara Kuching
Mohon Hebahkan kepada belia yang ingin mencari perkerjaan. SEDIA BERKORBAN..

No comments:

Post a Comment

any question,comment or suggestion is welcome.