Kerjaya bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Permohonan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan, keperluan jawatan untuk kategori berikut:
1.PENOLONG JURUTERA (AWAM) (GRED JA29) (KONTRAK)
2.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)
Tatacara Permohonan
Pemohon perlu berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun.
Sekiranya terpilih untuk di temuduga, sila bawa dokumen seperti berikut:-
i.Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
ii.Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
iv.Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
2.Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
3.Kepada pemohon yang sedang berkhidmat dengan agensi Kerajaan, hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
4.Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
5. Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini .
6.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Untuk Bantuan Permohonan Jawatan.
SILA PILIH JAWATAN YANG HENDAK DIPOHON
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.