Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk jawatan seperti berikut.
1. KERANI (N09G10)
Kelayakan
-Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 28 tahun.
-Calon perlu Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
-Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam
Matematik serta Bahasa Inggeris
-Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
-Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi.
Calon dalaman
-Telah disahkan dalam jawatan
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
-Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam
Matematik serta Bahasa Inggeris ; ATAU
-Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam gred 11; ATAU
-Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam gred 12
-Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi
-Diperakui oleh Ketua Jabatan.
Spesifikasi Tugas
-Menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti urusan kakitangan stesen, pejabat, yad dan
depot.
-Membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan menurut prosidur
pejabat seperti manaip/memproses data, pengendalian mesin/peralatan pejabat (komputer,mesin photostat, faks dan telefon), pemfailan dokumen dan khidmat pelanggan
-Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarah oleh pegawai penjaga dari masa ke
semasa.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir
peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar terkini berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem.
Permohonan
lengkapkan dan alamatkan permohonan sebelum 15 November 2017 ke alamat berikut:-
Pengurus Besar
Jabatan Modal Insan
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22631312.
03-22631433.
No comments:
Post a Comment
any question,comment or suggestion is welcome.