Featured Post

Pengambilan calon kakitangan KWSP

Kekosongan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan seperti yang telah dinyatakan di bawah ini. -Pen...

TEMUDUGA TERBUKA KTM

KTM memerlukan tenaga kerja untuk kekosongan jawatan seperti dibawah, pemohon yang berkelayakan dijemput hadir ke temuduga terbuka seperti ketetapan berikut.

Jawatan
TUKANG K2 (MEKANIKAL) GRED R06G12
(JABATAN KEJURUTERAAN & PENYENGGARAAN FLEET)
(LELAKI SAHAJA).

KELAYAKAN
-Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak
melebihi 28 tahun pada tarikh temuduga
-Mempunyai sijil Kejuruteraan Mekanikal
daripada IKM, ILP, IKBN atau mana-mana
institusi yang setaraf; atau
-Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dari mana-mana institusi kemahiran dalam
bidang Kejuruteraan Mekanikal.

KRITERIA PEMILIHAN
-Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
-Mempunyai tahap kesihatan yang baik
-Sedia ditempatkan kemana-mana lokasi dirangkaian KTMB.
-Bermotivasi serta boleh bekerja dengan penyeliaan yang minima.
-Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/dadah
-Bersedia dipanggil pada bila-bila masa untuk tugasan kecemasan.

Tarikh Lokasi Temuduga
11 November 2017 (Sabtu)

Ibu Pejabat Korporat KTMB
Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Masa Pendaftaran 9:00 pagi hingga 12:00 Tengahari.

Pakaian
Calon hendaklah berpakaian Baju Kameja dan Seluar Slack. Seluar jeans, baju T, kasut sukan tidak dibenarkan.

SPESIFIKASI TUGAS
-Memasang / menyelenggara serta menguji peralatan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.
-Menjalankan tugas-tugas ketukangan mengikut spesifikasi tugas yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing.
-Membuat laporan kepada penyelia segala kerosakan dan kemalangan yang berlaku serta merekod aktiviti penyenggaraan yang dilakukan.
-Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa.

Dokumen Diperlukan
Kad pengenalan
Sijil-sijil asal persekolahan
Salinan fotostat kad pengenalan & sijil-sijil persekolahan
Resume
Gambar berukuran pasport.

No comments:

Post a Comment

any question,comment or suggestion is welcome.